Saturday, 21 September 2013

Bahan-bahan pembentangan kssr sejarah th 4 2014.


RANCANGAN PEN GAJARAN HARIAN

SEJARAH

 

Mata Pelajaran dan Kelas
Sejarah  Tahun  4 Mawar
Tema/Tajuk
Zaman Air Batu
Masa
11.40 – 12.40 t/hari
 
Fokus
 Standard Kandungan:   
2.1  Zaman Air Batu.
 
 
Standard Pembelajaran:
2.1.1    Menyatakan maksud  Zaman Air Batu
2.1.2    Menyatakan perubahan yang berlaku pada Zaman Air
            Batu
K2.1.4 Menyatakan keperluan menghargai alam sekitar.
 
 
Objektif
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid  akan dapat;
i.       Menyatakan maksud zaman air batu.
ii.      Menjelaskan perubahan-perubahan yang berlaku pada zaman air batu.
iii.     Murid dapat menyatakan tiga   keperluan menghargai alam sekitar.
 
 
Aktiviti
1.       Menonton tayangan video  pada musim sejuk   ”Ice Age 2” (TMK).
2.       Guru menjana idea murid dengan bercerita tentang keadaan zaman air batu berdasarkan video yang ditonton.
3.       Guru bersoal jawab dengan murid tentang video mengikut pengetahuan sedia ada murid.
4.       Murid diagihkan kepada 5 kumpulan.
5.       Murid dibawa keluar kelas.
6.       Setiap kumpulan diberi beberapa kiub ais. Murid melihat perubahan yang berlaku kepada kiub ais dan guru mengaitkan dengan pengajaran berdasarkan tajuk.
7.       Setiap kumpulan memberikan pendapat tentang perubahan yang berlaku pada kiub ais tersebut dalam konteks Zaman Air Batu.
8.       Guru menjelaskan Zaman Air Batu dalam konteks sejarah dengan menerapkan nilai menghargai alam sekitar seperti mencintai alam sekitar daripada berlakunya bencana.
9.       Murid berbincang dalam kumpulan tentang keperluan menghargai alam sekitar dan guru memberikan bimbingan kepada setiap kumpulan.
10.   Ketua kumpulan membentangkan hasil perbincangan.
11.   Guru dan murid membuat ulasan dan kesimpulan.
12.   Guru memberikan latihan pengukuhan kepada murid untuk membuat banding beza tentang alam sekitar berdasarkan  bahan bergambar.
 
EMK
Nilai Murni                           – bersyukur, kasih sayang,  
                                               menghargai alam sekitar,team
                                               building
KPS                                     - Elemen asas sejarah 
Dimensi Kewarganegaraan – berbangga dengan sejarah asal-         
                                               usul negara.
TMK                                    – belajar melalui TMK
Bahan Bantu Belajar
Komputer, LCD,DVD, kertas mahjong, kuib ais dan alat tulis,    
Refleksi (dicatat selepas proses pengajaran & pembelajaran selesai)
30 orang daripada 36 orang murid telah mencapai objektif P&P.
Murid yang belum menguasai akan diberi bimbingan.
Murid yang telah menguasai akan diberi latihan pengayaan.

 




 
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI
EMK
CATATAN
Permulaan (5 minit)
Menonton tayangan video klip
1. Murid menonton tayangan video klip ’Ice Age’
 
2. Guru bertanyakan soalan kepada murid berkaitan klip video yang ditayangkan:
 
a)     Siapa tahu  tajuk cerita ini?
Murid menjawab soalan guru secara lisan
b)     Apa maksud tajuk itu dalam bahasa Melayu?
Murid  menjawab secara lisan
c)     Masa itu semua kawasan dilitupi/ dipenuhi apa?
            Murid menjawab soalan guru
 
3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini.
 
Nilai Murni
-bersyukur
- kasih sayang
 
EMK
-TKP
-TMK
KB
-Menjana Idea
-menghubung kait
BBM
-Komputer riba, LCD, DVD
 
 
Aktiviti 1 (15 minit)
1. Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan . Kumpulan 1 diminta menyenaraikan keadaan semasa cuaca sejuk /terlalu sejuk. Kumpulan 2 menyenaraikan sebab-sebab cuaca menjadi sejuk/ terlalu sejuk.
2. Murid-murid berbincang dalam kumpulan masing-masing  menyenaraikan hasil dapatan mereka dalam kertas sebak.
3. Guru meminta setiap ketua kumpulan untuk membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas.
4. Murid membentangkan hasil dapatan masing-masing.
5.  Guru merumuskan pembentangan murid dan mengaitkannya dengan proses membuat air batu di rumah masing-masing.
 
6. Guru cuba mengaitkan isi pelajaran dengan meminta murid menjelaskan maksud zaman air batu.
7. Murid memberikan pelbagai jawapan.
8. Guru memberikan pengukuhan dan memberikan jawapan yang paling tepat tentang maksud zaman air batu.
 
EMK
keusahawanan
Nilai
menghargai alam
KB
menjana idea
 
Ciri cuaca sejuk
menggigil
salji
baju tebal
 
Ciri cuaca panas
berpeluh
matahari terik
haus/ dahaga
 
Zaman air batu adalah dunia diliputi salji/ air batu dan berkeadaan sejuk
 
 
Aktiviti 2 (20 minit)
1. Guru menunjukkan gambar slaid/ klip video kawasan-kawasan yang dilitupi air batu yang sedang mencair.
 
2. Murid diminta menjelaskan peristiwa/ kandungan klip video
 
3. Guru juga merumuskan jawapan murid dengan satu eksperimen ringkas iaitu kiub air batu yang terdedah.
  
4. Guru meminta murid menyenaraikan sebab-sebab air batu mencair.
 
5.Murid menyenaraikan sebab-sebab air batu mencair.
6. Guru menyoal murid kenapa cuaca menjadi panas.
 
Murid-murid memberi beberapa jawapan .
 
7. Guru mengaitkan jawapan murid dengan menerangkan tentang keadaan dan pencairan zaman air batu dengan bantuan gambar-gambar berkaitan dan mengaitkan dengan perubahan zaman air batu.
 
Nilai
menghargai alam
 
EMK
ICT
 
KB
memberi sebab
 
 
suhu dibawah takat beku
manusia bergerak bebas
dunia seolah-olah satu daratan sahaja
litupan air batu yang jelas
Aktiviti 3 (15 minit)
1.  Guru menyediakan tiga stesen. Setiap stesen      
     disediakan gambar-gambar dan kad arahan
     Murid dibahagikan kepada 3 stesen berikut:
     Stesen 1 (zaman Air batu) -
     Stesen 2 (perubahan-perubahan zaman air
                    batu)
     Stesen 3 (alam sekitar)
 
2.  Murid akan bergerak ke setiap stesen yang
     ditetapkan. Murid akan menjawab soalan
     berdasarkan arahan yang terdapat dalam 
     kad arahan dalam kertas sebak yang  
     disediakan.
 
3.  Murid akan membentangkan jawapan
     mereka dan guru akan memberi
     maklumbalas.
   
 
EMK
ICT
 
KB
menjana idea
menjelas
 
 
BBM
gambar
 
 
 
 
 
 
Penutup (5 minit)
1.  Guru menunjukkan semula gambar-gambar
     berkaitan zaman air batu.
 
2.  Murid diminta menyatakan kepentingan
     menjaga alam sekitar. 
 
3. Guru merumuskan isi-isi penting dalam 
    pelajaran hari ini.
Nilai
menjaga alam sekitar
 
 
Contoh : Kad/ gambar untuk stesen
Kad Arahan
            Stesen 1 :
Berdasarkan gambar dibawah, kumpulan anda diminta menjawab soalan-soalan berikut:

(contoh gambar)
 
1.       Apa yang anda dapat perhatikan dari gambar di atas?
 
2.       Bagaimana keadaan waktu ini?
 
3.       Bolehkah air batu dalam gambar di atas cair?
 
4.       Mengapakah air batu boleh cair?
 
Rancangan Pengajaran Harian
Mata pelajaran
Sejarah /
Tema / Tajuk
Zaman Prasejarah
Kelas
4 Bersatu
Masa
8.00-9.00 pagi
Tarikh
20-9-2013
Standard Kandungan
3.1  Kehidupan manusia prasejarah.
Standard Pembelajaran
3.1.1. Menyatakan maksud prasejarah.
3.1.2  Menyatakan lokasi prasejarah
3.1.3  Menyatakan kegiatan masyarakat prasejarah
K3.1.8  Menyatakan sikap manusia prasejarah
 
EMK
Nilai : Rajin berusaha, bekerjasama dalam kumpulan
KPS : Konsep masa
Dimensi Kewarganegaraan : Perkongsian sejarah
TMK : belajar melalui TMK
 
Objektif
Di akhir pembelajaran , murid dapat:-
1.   Menyatakan maksud prasejarah.
2.   Menyatakan 4  lokasi kehidupan prasejarah
3.   Menyenaraikan 4  kegiatan masyarakat prasejarah.
 
Bahan Bantuan Mengajar
Video , gambar , puzzle
Aktiviti
 
 
 
 
Set Induksi  (5 minit)
1. menunjukkan suasana atau situasi
     zaman prasejarah.
Contoh : gua, orang purba,   
dinosaur( bersoal jawab dengan murid)
2.  Guru menerangkan maksud prasejarah
      – masukan dari segi pakaian
 
Langkah 1 (15minit)
1.  Penempatan kehidupan zaman prasejarah (mencungkil pengetahuan sedia ada murid)
Contoh : Sungai , gua , atas pokok
 
 
Langkah 2 ( 15 minit)
Mengapakah tempat tinggal itu menjadi tumpuan ? (Huraikan )
- Keselamatan- atas pokok
- Sumber makanan senang diperolehi
- Sumber air – minuman
- Pengangkutan
 
 
Langkah 3( 20 minit)
1. Aktiviti mencantum gambar  lokasi dan mengaitkan aktiviti manusia  pra sejarah.
2. Bahagikan  murid  dalam 4 kumpulan.
   Kumpulan 1- Gua
   Kumpulan 2 – Sungai
   Kumpulan 3 – kawasan lapang
   Kumpulan 4 – pinggir hutan
3. Pembentangan kumpulan.
Setiap kumpulan akan membentangkan
hasil kumpulan .
 
Penutup ( 5 minit)
1. Aktiviti kuiz secara lisan / spontan.
Contoh:
-        Berikan maksud prasejarah
-        Berikan 2 lokasi prasejarah
-        Berikan 4 kegiatan prasejarah.
 
 
Video
puzzle
 
 
 
 
 
 
 
 
Video  gambar
 
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
SEJARAH
Mata Pelajaran dan Kelas
Sejarah  Tahun  4 Kreatif
Tema/Tajuk
4. Kerajaan Melayu Awal
Masa
8.40 – 9.40 pagi
Standard Kandungan
4.1       Mengetahui dan memahami kedudukan kerajaan Melayu             awal
 
Standard Pembelajaran
 
4.1.1    Menamakan kerajaan-kerajaan Melayu awal.
4.1.2    Mengenal pasti lokasi kerajaan-kerajaan Melayu awal             pada peta Malaysia
K4.1.5 Menyatakan keistimewaan kerajaan-kerajaan Melayu             awal
 
Objektif
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid  akan dapat;
i.       Menamakan dan menandakan 3 lokasi kerajaan-kerajaan Melayu pada peta Malaysia.
ii.      Menyebut keistimewaan kerajaan-kerajaan Melayu Awal
 
 
Aktiviti
1.       Menayangkan slaid peta Malaysia
2.       Bersoaljawab dan perbincangan tentang lokasi kerajaan-kerajaan Melayu di Malaysia.
3.       Mengenalpasti keistimewaan setiap kerajaan-kerajaan Melayu awal
4.       Menjelaskan kegiatan ekonomi di setiap lokasi –cara hidup
 
EMK
Nilai Murni                           – bersyukur, kerjasama, rajin, kreatif
                                     
KPS                                     - Elemen asas sejarah 
Dimensi Kewarganegaraan – Perasaan kekitaan
TMK                                    – belajar melalui TMK
Bahan Bantu Belajar
Komputer, LCD,DVD,  slaid powerpoint, buku latihan, alat tulis.
Refleksi
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI
EMK
CATATAN
Permulaan (5 minit)
Murid melihat tayangan video Hikayat Merong Mahawangsa
 
Perbincangan dan soal jawab berdasarkan video.
 
Menghubungkait tayangan video dengan tajuk pembelajaran
Nilai Murni
-bersyukur
- kasih sayang
 
EMK
-TKP
-TMK
KB
-Menjana Idea
-menghubung kait
BBM
-Komputer riba,
LC D, DVD
 
 
Aktiviti 1 (15 minit)
1.         Guru menayangkan slaid peta Malaysia
 
2.         Perbincangan dan penerangan tetang             kerajaan-kerajaan Melayu awal serta             lokasinya berdasarkan slaid peta             Malaysia
 
a)     Bruas
b)     Kedah Tua
c)     Gangga Negara
 
3.         Penerangan dan soal jawab tentang             keistimewaan kerajaan-kerajaan melayu             awal.
 
 
EMK
keusahawanan
Nilai
menghargai alam
KB
menjana idea
 
 
 
Skrin Paparan Peta Malaysia
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Bahan dari internet –
Gambar-gambar tinggalan sejarah
 
Aktiviti 2 (15 minit)
1.         Guru membahagikan murid kepada             beberapa kumpulan.
 
2.         (Kumpulan Pintar) -Murid diminta             menandakan dan menamakan lokasi             kerajaan-kerajaan Melayu awal pada             peta Malaysia yang diberikan
 
3.         (Kumpulan Bijak) -Murid diminta             menamakan lokasi kerajaan-kerajaan             Melayu awal mengikut lokasi yang telah             ditandakan pada peta Malaysia  dengan             bimbingan guru.
 
4. .       (Kumpulan Pandai) -Murid diminta             melengkapkan nama kerajaan-kerajaan             Melayu awal  dengan mengisi huruf-             huruf yang tertinggal pada lokasi yang             ditanda pada peta Malaysia.
Nilai
Hormat- menghormati
Kerjasama
 
 
KB
Menghubung kait
 
 
Lembaran kerja –
Peta Malaysia
 
 
 
 
 
 
 
 
Aktiviti 3 (15 minit)
1.         Wakil murid diminta tampil ke hadapan             kelas membentangkan hasil kerja             kumpulan
 
2.         Perbincangan dan soal jawab tentang             hasil kerja yang dibentangkan.
 
3.         Guru mengedarkan lembaran kerja (peta             minda)
 
4.         Semua murid diminta melengkapkan             keistemewaan 3 kerajaan-kerajaan             Melayu awal berdasarkan gambar yang             disediakan.
   
 
 
KB
menjana idea
menjelas
 
 
Lembaran kerja
 
 
 
 
 
Penutup (5 minit)
1.         Guru meminta murid-murid membuat             kesimpulan tentang apa yang dipelajari.
 
2.         Guru merumuskan isi-isi penting dalam 
            pelajaran hari ini.
 
Nilai
Menghargai  jasa
patriotik
 
 



 
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
SEJARAH
 
Mata Pelajaran dan Kelas
Sejarah  Tahun  4 Maju
Tema/Tajuk
Mari Belajar Sejarah
Masa
8.40 – 9.40 pagi
 
Fokus
 Standard Kandungan:   
1.2 Pengertian Diri dan Keluarga
 
 
Standard Pembelajaran:
1.2.2    Mengenalpasti salah silah keluarga
1.2.3    Menyatakan pengertian keluarga asas
1.2.4    Mengenalpasti gelaran anggota keluarga
K1.2.7  Menyatakan adap yang perlu diamalkan dalam keluarga
 
Objektif
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid  akan dapat;
i.       Menyatakan bilangan anggota dalam keluarga
ii.      Menyatakan panggilan dalam keluarga
iii.     Menyatakan maksud keluarga asas       
Aktiviti
1.       Menonton tayangan video  ”Keluarga bahagia”
2.       Bersoaljawab berkaitan dengan ahli keluarga.
3.       Menghasilkan salasilah keluarrga.
EMK
Nilai Murni                           – bersyukur, kasih sayang , sopan- 
                                               santun, hormat-menghormati
KPS                                     - Elemen asas salasilah keluarga
Dimensi Kewarganegaraan – bersyukur dikurniakan sebuah       
                                               keluarga
TMK                                    – belajar melalui TMK
Bahan Bantu Belajar
Komputer,video,  LCD, buku latihan, kertas lukisan, alat tulis,
Refleksi
 
 
 
 

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
 
AKTIVITI
EMK
CATATAN
Permulaan (5 minit)
Menonton tayangan video klip
1. Murid menonton tayangan video klip ”Keluarga bahagia”
 
2. Guru bertanyakan soalan kepada murid berkaitan lagu yang diperdengarkan.
 
a)     Siapakah yang perlu kita sayangi?
Murid menjawab soalan guru secara lisan
b)     Lagu ini tentang apa?
Murid  menjawab secara lisan
 
3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini.
 
Nilai Murni
-bersyukur
- kasih sayang
 
EMK
-TKP
-TMK
KB
-Menjana Idea
-menghubung kait
BBM
-Komputer riba, LCD, Video
 
 
Aktiviti 1 (15 minit)
1. Guru menunjukkan carta sebuah keluarga asas.
2. Guru bertanyakan soalan berdasarkan carta tersebut.
 Contoh:
a.)   Siapakah ahli keluarga asas?
Ibu, bapa, , kakak, abang, adik dan saya
b.)   Siapakah ketua keluarga?
Ayah
c.)    Menyenaraikan ahli keluarga secara lisan.
 
 
 
 
 
EMK
keusahawanan
Nilai
Sopan santun
KB
menjana idea
 
ABM
Carta Keluarga
Aktiviti 2 (20 minit)
1. Guru bersoal jawab mengenai ahli keluarga murid.
 
2. Murid diminta menyatakan panggilan kepada ahli keluarga yang telah desenaraikan tadi.
 Contoh:
a.)   Bagaimana kamu panggil ayah kamu?
 
b.)   Bagaimana kamu panggil adik kamu?
 
3. Guru menerapkan nilai murni- hormat-menghormati semasa PdP.
 
4.Murid diminta menyatakan maklumat ahli keluarga seperti nama, umur dan pekerjaan(jika ada).
 
5.Guru menerangkan ayah merupakan ketua ahli keluarga.
 
Nilai
Kasih sayang
Sopan santun
Hormat-menghormati
 
EMK
 
 
KB
 
 
 
 
Aktiviti 3 (15 minit)
1.  Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.
 
2. Murid diminta mennjawab soalan berdasarkan arahan yang dinyatakan dalam lembaran kerja.
 
3. Murid akan membentang jawapan mereka.
 
4. Guru memberi maklum balas.
     
 
 
EMK
 
 
KB
menjana idea
menjelas
 
 
BBM
Lembaran Kerja
 
 
 
 
 
 
 
Penutup (5 minit)
1.  Guru menayangkan semula lagu ”Keluarga Bahagia”
 
2. Murid diminta menyanyi bersama.
 
3.Guru merumuskan kepentingan  institusi keluarga .
 
Nilai
Kasih sayang
 
 


 
TAJUK KAJIAN KES:
KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU AWAL

4.1.1        Menamakan kerajaan-kerajaan Melayu awal.
4.1.2        Mengenal pasti lokasi kerajaan-kerajaan Melayu
                pada peta Malaysia.
K4.1.6     Menyatakan keperluan menjaga kebersihan pesisiran
                pantai.
 
                                                            
 
 
 
 
Penyataan Masalah:
 
Kerajaan Melayu Awal dikatakan telah wujud sejak sekian lama. Buktikan pernyataan tersebut.
 
Soalan yang boleh dikemukakan kepada murid sebagai panduan perkembangan idea.
1.   Nyatakan nama kerajaan melayu awal yang wujud dan lokasinya.
2.   Warnakan dan labelkan lokasi kerajaan melayu awal yang telah disenaraikan di peta.
3.   Senaraikan aktiviti berasaskan laut dalam kerajaan melayu awal.
4.   Apakah nilai murni yang perlu anda amalkan untuk menjaga kebersihan pesisiran pantai dan kepentingannya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Objektif  kajian:
 
1.   Murid dapat menyatakan kerajaan awal yang wujud.(kognitif)
2.   Murid dapat mengenalpasti lokasi kerajaan melayu awal. (psikomotor)
3.   Murid dapat menamakan laut/selat/ pulau pada peta tentang kewujudan kerajaan melayu awal. (psikomotor)
4.   Murid dapat menyatakan aktiviti berasaskan laut dalam kerajaan melayu awal. (kognitif)
5.   Murid dapat menyatakan keperluan menjaga kebersihan alam sekitar terutama di persisisran pantai. (afektif)
 
Rujukan sumber:
 
1.   Buku teks
2.   Internet
3.   Temubual
4.   Surat khabar
5.   Majalah
6.   Lain-lain
 
Kaedah pelaksanaan:
1.   Perbincangan bersama dengan guru tentang topik.
2.   Dilakukan secara berkumpulan (2- 3 orang).
3.   Guna kertas A4 (1-5 halaman).
4.   Boleh menggunakan tulisan tangan atau ditaip ( font:Times New Roman, saiz: 14)
5.   Muka depan hasil kerja mesti ada tajuk, nama murid, kelas dan nama guru.
6.   Tempoh masa kajian selama 2 minggu.
 
Laporan Kajian:
1.   Buku skrap
2.   Pembentangan
 
 

a.    Pemilihan tajuk ( Kajian Peristiwa)

TAJUK 1:  ZAMAN PRASEJARAH
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
 
 
3.1  Kehidupan manusia prasejarah
 
 
3.1.1 Menyatakan maksud prasejarah
3.1.2  Menyatakan lokasi prasejarah
3.1.3  Menyatakan kegiatan masyarakat 
          prasejarah
3.1.4  Mengenal pasti alatan dan
          kegunaannya dalam masyarakat     
           prasejarah
3.1.5   Menyatakan kepercayaan manusia
           prasejarah

 
 
 

b.    Mengenalpasti masalah dan membina hipotesis
      Kehidupan manusia prasejarah
    Peralatan zaman prasejarah
 
TAJUK KAJIAN KES:
 

Kehidupan Zaman Prasejarah
 
 
 
 
 
 
 

Arahan:
           Persoalan lain yang boleh ditimbulkan oleh guru untuk membantu murid mengembangkan idea.
Soalan-soalan Kajian Kes
 
1.      Apakah yang dimaksudkan dengan prasejarah?
2.     Nyatakan lokasi atau tempat prasejarah yang kamu ketahui? (berserta gambar)
3.     Bagaimanakah cara hidup masyarakat manusia prasejarah? (tempat tinggal, perubahan petempatan)
4.     Senaraikan kegiatan yang dilakukan oleh masyarakat prasejarah untuk meneruskan kehidupan seperti mencari sumber makanan dan tempat perlindungan.
5.     Senaraikan alatan dengan menggunakan oleh nmasyarakat prasejarah dan kegunaan alatan tersebut.
6.     Apakah jenis kepercayaan masyarakat prasejarah?
 
Soalan banding beza hasil dapatan.
 
1.      Nyatakan perbezaan cara hidup masyarakat prasejarah dengan masyarakat sekarang dalam pelbagai aspek.
2.      Bandingkan peralatan zaman prasejarah dengan peralatan zaman sekarang.
3.     Bezakan jenis kepercayaan masyarakat  prasejarah dengan kepercayaan masyarakat sekarang?
 
Kesimpulan
 
1.      Mengapakah kita perlu menghargai tinggalan sejarah?
2.     Apakah pendapat kamu tentang masyarakat prasejarah dan kaitan dengan kehidupan kamu pada masa kini?
CONTOH PELAKSANAAN KAJIAN KES
 
PROSES PELAKSANAAN
 
 
LANGKAH 1:  PENYATAAN MASALAH
 
 Guru mengenal pasti tajuk / tema
 
3.1    Kehidupan manusia prasejarah
 
LANGKAH 2: OBJEKTIF KAJIAN
 
Objektif kajian ini adalah untuk membolehkan murid:
 
1.      Menyatakan cara kehidupan masyarakat prasejarah
2.      Menyenaraikan alatan dan kegunaan alatan tersebut dalam masyarakat prasejarah.
3.      Menyatakan kepentingan menghargai tinggalan sejarah.
4.      Menyatakan kepercayaan manusia prasejarah.
 
PERANCANGAN GURU
·       Menetapkan tempoh kajian selama sebulan
·       Pembentukan kumpulan (3-5 orang dalam satu kumpulan)
·       Memberi tugasan-berikan beberapa soalan perbincangan bagi mencungkil pendapat murid
·        Menentukan kaedah kajian yang ingin dilakukan:-
-              Kaedah kajian menggunakan media. Contoh: internet
-              Kaedah kajian Pusat sumber
 
Menentukan bentuk laporan -  buku skrap dan pembentangan/lakonan
 
LANGKAH 3: RUJUKAN SUMBER
 
 
1.      Buku teks Kajian Tempatan Tahun 4.
2.     Buku teks Sejarah Tahun 4
3.     Buku teks Sejarah Tingkatan 1
4.     Laman sesawang
 
 
LANGKAH 4: ANALISIS DATA
 
Banding beza hasil dapatan daripada pelbagai sumber
rujukan.
 
1.     Perbandingan kehidupan masyarakat zaman dahulu dengan kehidupan sekarang.
2.     Perbandingan peralatan-peralatan dahulu dengan peralatan sekolah.
3.     Perbandingan jenis kepercayaan masyarakat prasejarah dengan masyarakat sekarang.
 
 
LANGKAH 5: LAPORAN KAJIAN
     Laporan: Pembentangan/laporan bertulis/ buku skrap
     Hasil Laporan :
·             Mengandungi 1 – 5 halaman
·             Merangkumi Tajuk Kajian, Pendahuluan, Perbincangan( Hasil Kajian), Kesimpulan dan Rujukan.
 





 
a.    Pemilihan tajuk ( Kajian Peristiwa)

TAJUK 5:  TOKOH TERBILANG KESULTANAN MELAYU MELAKA
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
 
 
5.2  Parameswara sebagai pengasas Kesultanan Melayu Melaka
 
 
 
 
 
 


 
 
5.2.2 Menjelaskan rentetan peristiwa perlalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka.
 
K5.1.5 Menyatakan sifat-sifat kepimpinan tokoh yang boleh dicontohi
 
 

 
 

b.    Mengenalpasti masalah dan membina hipotesis
Peta perjalanan Parameswara
http://solarstreak.com/pmr/peta.jpg
 
TAJUK KAJIAN KES:
 

Melaka merupakan sebuah sebuah negeri yang boleh dibanggakan.Menjelaskan rentetan peristiwa perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka.
Buktikan pernyataan tersebut.
 
 
 
 
 
 
 

Arahan:
           Persoalan lain yang boleh ditimbulkan oleh guru untuk membantu murid mengembangkan idea.
 
1.     Siapakah Parameswara?
2.     Parameswara berasal dari mana?
3.     Apakah peristiwa yang mendorong Parameswara melarikan diri dari Palembang ke Temasik ?
4.     Kenapakah Parameswara melarikan diri pula dari Temasik ke Muar ?
5.     Bagaimanakah Melaka mendapat nama?
 
 
 
 
CONTOH PELAKSANAAN KAJIAN KES
 
PROSES PELAKSANAAN
 
 
LANGKAH 1:  PENYATAAN MASALAH
 
 Guru mengenal pasti tajuk / tema
 
5.2.2 Menjelaskan rentetan peristiwa perlalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka.
 
 
LANGKAH 2: OBJEKTIF KAJIAN
 
Objektif kajian ini adalah untuk membolehkan murid:
 
1.      Menyatakan sejarah kewujudan tokoh terbilang  Parameswara.
2.      Mengenalpasti perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka.
3.      Mengenal pasti bagaimanakah Melaka mendapat nama.
4.      Mengaplikasi kemahiran meneroka bukti bagi menjana pemikiran kritis dan kreatif.
PERANCANGAN GURU
·       Menetapkan tempoh kajian- SEBULAN
·       Pembentukan kumpulan(jika perlu)
·       Memberi tugasan-berikan beberapa soalan perbincangan bagi mencungkil pendapat murid
·        Menentukan kaedah kajian yang ingin dilakukan:-
-              Kaedah kajian perpustakaan
-              Kaedah TMK
Menentukan bentuk laporan-buku skrap/persembahan/ pembentangan
 
 
 
LANGKAH 3: RUJUKAN SUMBER
 
·             Majalah/buku
·              Dokumen/Jurnal
·              Laman sesawang
·              Muzium/Arkib/Agensi berkaitan-Jabatan Penerangan,Agensi Pelancongan
 
LANGKAH 4: ANALISIS DATA
 
Banding beza hasil dapatan daripada pelbagai sumber rujukan.
 
LANGKAH 5: LAPORAN KAJIAN
     Laporan: Pembentangan/laporan bertulis/ buku skrap
     Hasil Laporan :
·             Mengandungi 1 – 5 halaman
·             Merangkumi Tajuk Kajian, Pendahuluan, Perbincangan( Hasil Kajian), Kesimpulan dan Rujukan.
 
 
 
 
 
 
 
KUMPULAN 10
 
 
Melaka merupakan sebuah  negeri yang boleh dibanggakan,RENTETAN peristiwa perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka.
Buktikan pernyataan tersebut.
Nama ahli kumpulan:  1.choo lai hoe
                                              2.nurul azila
                                                      3.zaiton taib
                                                     4.azlina faharuddin
                                                    5.juliati jantan
                                                    6.n.vasugi
                                                    7.fu lee kuan
                                                    8.lee foong foong
                                                   9. norhaniza shahabuddin
                                         10.suhaimi hashim
                                             11.anna hanim  othman
                                            12.noor  hayati  harun
PENDAHULUAN
 
Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara. Parameswara telah mengasaskan Melaka
pada sekitar tahun 1400. Parameswara mendapati Melaka banyak mempunyai keistimewaan.Keistimewaan Melaka:
 
i.                 Pokok bakau boleh dijadikan sumber kayu api dan dibuat tiang rumah. Pokok api-api pula dijadikan benteng pertahanan.
 
ii.                Terdapat bukit yang boleh menjadi petunjuk pelayaran. Dari bukit ini juga mereka dapat mengawal kapal yang keluar dan masuk ke Melaka.
 
 
iii. Muara Sungai Melaka yang dalam dan kedudukannya yang terlindung daripada tiupan angin monsun sesuai dijadikan pelabuhan dan persinggahan kapal.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Perbincangan
 
 
Mari kita lihat peristiwa Parameswara mengasaskan Melaka. Parameswara merupakan putera raja yang berasal dari Palembang. Sumatera. Parameswara berusaha untuk membebaskan palembang daripada naungan kerajaan Majapahit. Apabila gagal, Parameswara melarikan diri ke Temasik.
                                              
Temasik merupakan negeri di bawah naungan kerajaan Siam. Parameswara telah menguasai Temasik. Tindakan Parameswara menimbulkan kemarahan Siam. Oleh itu, Siam mengatur rancangan untuk menyerang Temasik.
 
Walau bagaimanapun, Parameswara bertindak melarikan diri ke Muar sebelum sempat Siam menyerang. Di Muar, Parameswara masih berasa dirinya tidak selamat.
 
Parameswara meneruskan perjalanannya ke utara melalui Sening Ujung dan Bertam. Akhirnya, Parameswara tiba di sebuah perkampungan nelayan. Semasa tiba di sebuah kampung nelayan, Parameswara dan pengikutnya berehat di bawah sepohon pokok. Parameswara telah melihat anjing perburuannya ditendang oleh seekor pelanduk putih sehingga jatuh ke dalam sungai. peristiwa ini dianggap luar biasa kerana pelanduk yang kecil dapat mengalahkan seekor anjing. Kegagahan pelanduk menyebabkan baginda merasakan tempat itu istimewa untuk mendirikan kerajaan. Oleh itu, baginda telah menamakan kawasan tersebut sebagai Melaka sempena nama pokok tempat baginda berehat.
 
 
 
 
 
 
 
Peta menunjukkan perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhNgTSA3lOTkUtiQC6H2zcu8cLaJ2H85Mg2WAzWXNYUEiabtIIHz89emrH68rPruBIyOkFmIIIWwXm8ST0NdzT8YMUxLw-F9fOKsRkNgbXH4785skYdyqoIonNaKcXNWoz4TNOF-M7dWec/s1600/pararam.jpg
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
                                                                                                 
 
 
 
 
 
 
 
Kesimpulan
 
Parameswara, putera raja dari Palembang setelah ditumpaskan oleh Majapahit telah menuju ke Temasik (nama asal Singapura) dan akhirnya membuka negeri Melaka.Dari kajian kes ini,kumpulan 10 telah berjaya menghasilkan satu kajian menyeluruh mengenai Perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka.Melalui kajian ini kami dapat  mengetahui sejarah pembukaan Melaka.


 



 

 

 

5 comments: