Wednesday 5 November 2014

kertas konsep drama / teater, borang markah


KERTAS KONSEP

DRAMA /TEATER SEKOLAH MENENGAH

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

 

 

 

1.0           PENDAHULUAN

 

1.1     Pertandingan dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia. Pertandingan ini memberi peluang kepada sekolah-sekolah di seluruh tanah air mementaskan karya terpilih masing-masing berdasarkan teks KOMSAS semasa.

 

1.2     Pertandingan Peringkat Daerah dikendalikan oleh Pejabat Pelajaran Daerah.

 

1.3     Pertandingan Peringkat Negeri akan dikendalikan oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

 

1.4     Johan setiap negeri akan mewakili negeri ke pertandingan peringkat Kebangsaan yang akan dikendalikan oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia.

 

1.5     Pertandingan Drama KOMSAS anjuran Kementerian Pelajaran   Malaysia merujuk pengajaran dan pembelajaran teks komponen sastera dan aktiviti kokurikulum akademik.

 

2.0           SUMBER

 

Drama daripada teks Komponen Sastera tingkatan 1 hingga 5.

 

 

3.0         TEMA

 

           Nilai-nilai Murni Ke Arah Menjana Kecemerlangan Modal Insan.

 

 

4.0         PENYERTAAN

 

4.1    Murid-murid tingkatan 1 hingga 5 Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Agama Negeri, Sekolah  Agama Kerajaan Bantuan Kerajaan. 

 

4.2    Jumlah individu yang terlibat dalam produksi hendaklah tidak melebihi 15 orang termasuk pengarah, pelakon dan krew.

4.3    Senarai nama pelakon dan tenaga produksi hendaklah mendapat pengesahan daripada Pengetua sekolah masing-masing sebelum dikemukakan untuk pertandingan.

 

4.4    Guru pembimbing / jurulatih hendaklah dilantik dalam kalangan guru.

 

4.5    Setiap pasukan dibenarkan menghantar tiga ( 03 ) orang guru berdasarkan kapasiti berikut :

 

4.5.1  Pegawai Penyelaras Negeri         ...         1 orang

4.5.2  Guru Pembimbing/ Jurulatih        ...         2 orang

 

4.6    Penyertaan pelbagai kaum dalam kumpulan yang menyertai pertandingan  amat digalakkan.

 

5.0         SKRIP

 

5.1    Petikan skrip daripada mana-mana buku teks Komponen Sastera Melayu ( KOMSAS ) Tingkatan 1 hingga 5 – drama semasa.

 

5.2    Skrip boleh diimprovisasi dan diadaptasi tetapi tidak terpesong daripada skrip asal.

 

5.3    Skrip perlu dihantar kepada urus setia semasa pendaftaran.

 

 

6.0         DISIPLIN PENTAS.

 

6.1   Ruang lakon hanya DIBATASKAN di pentas yang disediakan.

 

6.2  Prop yang perlu dan bersesuaian dengan skrip sahaja dibenarkan. Penggunaan prop yang berbahaya sama ada digunakan atau sebagai hiasan sewaktu pementasan seperti benda-benda tajam atau senjata dalam bentuk asal adalah TIDAK DIBENARKAN, sebaliknya hendaklah menggunakan replika ( yang selamat ) sahaja.

 

6.3  Penggunaan bahan letupan, gas, ledakan dan api TIDAK DIBENARKAN.   

 

6.4  Penggunaan alatan multimedia seperti projektor tayangan, projektor LCD serta pancaran laser TIDAK DIBENARKAN.

 

6.5  Kumpulan drama TIDAK DIBENARKAN memaparkan unsur-unsur mengghairahkan/ berbaur lucah sama ada melalui perlakuan, dialog atau kostum yang dipakai. Unsur-unsur yang bertentangan dengan nilai-nilai murni masyarakat tempatan, serta bercanggah dengan agama dan keperibadian bangsa Malaysia juga dilarang dalam pementasan.

    

6.6  Kumpulan juga DILARANG mempamerkan aksi-aksi kekejaman terhadap manusia / haiwan serta perkara-perkara yang bertentangan dengan undang-undang  dan dasar kerajaan.

 

6.7  Setiap kumpulan mestilah mematuhi peraturan penggunaan dewan atau pentas dan bertanggungjawab terhadap pemunggahan prop/ set dan kebersihan selepas produksi serta memastikan keselamatan premis yang digunakan.

 

 

7.0         MASA PERSEMBAHAN

 

7.1    Persembahan tidak melebihi 30 minit, tidak termasuk masa transisi. Persembahan yang melebihi masa yang ditetapkan akan dipotong 5 markah daripada markah keseluruhan.

 

7.2    Masa untuk persiapan dihadkan selama 5 minit dan masa mengosongkan pentas dihadkan selama 5 minit.

 

7.3     Masa persembahan dikira bermula daripada intro persembahan sama ada dalam bentuk muzik, aksi atau dialog.

 

 

8.0         PEMARKAHAN

 

 

8.1    Bahasa ( 40 markah )

 

8.1.1     Pengucapan dialog yang lancar menggunakan struktur ayat yang betul dari segi tatabahasa dan sesuai dengan watak

 

8.1.2     Pemilihan kosa kata yang betul, jelas dan sesuai dengan watak

 

8.1.3     Intonasi dan nada suara yang kuat, jelas dan sesuai dengan watak

 

8.1.4     Penggunaan kata, frasa, bahasa kiasan, peribahasa, perumpamaan dan pantun mengikut situasi yang sesuai dengan watak

 

8.1.5     Memperlihatkan penggunaan ragam bahasa yang sejadi sesuai dengan watak dan budaya setempat

 

8.1.6     Pengolahan bahasa yang baik dan indah serta gramatis

 

 

8.2    Persembahan (20 markah)

 

8.2.1         Memperlihatkan persembahan yang meyakinkan.

 

8.2.2         Memperlihatkan persembahan yang menarik.

 

8.2.3         Memperlihatkan persembahan yang kreatif.

 

8.2.4         Memperlihatkan persembahan yang kaya dengan eleman dramatik.

 

8.2.5         Memperlihatkan sebuah persembahan yang berjaya mengangkat tema, pemikiran dan nilai-nilai murni dengan jelas.

 

 

 

8.3    Lakonan ( 20 markah )

 

8.3.1         Pelakon berjaya mentafsir dan membentuk watak serta perwatakan dengan baik.

 

8.3.2         Pelakon berjaya memperlihatkan lakonan melalui pergerakan

( gerak, gerak isyarat / gesture dan ekspresi ) dengan baik.

 

8.3.3         Pelakon berjaya memperlihatkan kesatuan lakonan ( suara – artikulasi, intonasi dan projeksi ) yang baik .

 

8.3.4         Pelakon berjaya memperlihatkan kesatuan lakonan (sebagai satu ensembel) dengan baik.

 

8.3.5         Pelakon berjaya memperlihatkan penghayatan watak dengan baik.

 

8.3.6         Pelakon berjaya mengolah bahasa dengan baik dan indah.

 

 

 

8.4    Sinematografi ( 10 markah )

 

8.4.1         Rekaan set yang menarik, berfungsi dan dimanfaatkan.

 

8.4.2         Rekaan/pilihan prop yang menarik, berfungsi dan dimanfaatkan.

 

8.4.3         Rekaan cahaya yang menarik dan bermakna.

 

8.4.4         Tatarias yang memperkuatkan watak dan perwatakan.

 

8.4.5         Rekaan/pilihan kostum yang sesuai, menarik dan mampu memperkuatkan watak dan perwatakan.

 

8.4.6         Kesan khas dan kesan bunyi yang menarik dan berkesan.

 

 

8.5    Pengarahan ( 10 markah )

 

8.5.1         Pengarah berjaya melakukan tafsiran yang tepat dan menarik terhadap skrip.

 

8.5.2         Pengarah berjaya mentafsir dan membentuk watak serta perwatakan dalam drama.

 

8.5.3         Pengarah berjaya membentuk dan mengawal keseluruhan lakonan dengan baik.

 

 

 

9.0       PENGHAKIMAN / PENILAIAN.

 

9.1     Peringkat Daerah dinilai oleh 3-5 orang hakim, termasuk Ketua Hakim.

9.2   Peringkat Negeri dinilai oleh 3-5 orang hakim, termasuk Ketua Hakim.

9.3     Peringkat Kebangsaan dinilai oleh 5 orang hakim, termasuk Ketua Hakim.

9.4   Setiap hakim akan menilai pertandingan secara keseluruhan.

9.5   Keputusan rasmi  dibuat secara sistem juri.

9.6     Hakim mesti mematuhi peraturan pertandingan kertas konsep  Kementerian Pelajaran Malaysia.

9.7   Keputusan Panel Hakim adalah MUKTAMAD.

 

10.0      DISIPLIN PESERTA

 

10.1      Semua peserta hendaklah menjaga disiplin diri sepanjang  pertandingan ini berlangsung terutama tatacara berpakaian dan adab kelakuan bagi menjaga nama baik program, individu serta sekolah.

 

10.2      Penggunaan selipar, berseluar pendek, baju ’t’ tanpa kolar serta pakaian yang mencolok mata adalah  DILARANG sama sekali sewaktu menonton persembahan sepanjang pertandingan berlangsung, termasuk Majlis Perasmian dan Penyampaian Hadiah.

 

10.3      Setiap pasukan mestilah mematuhi arahan dan peraturan pihak penganjur/ pengelola bagi memastikan kelancaran program.

 

 

11.0       TINDAKAN

 

11.1      Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia berhak MEMBATALKAN penyertaan kumpulan yang melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam kertas konsep .

 

12.0      AM

 

Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BORANG PEMARKAHAN

DRAMA / TEATER SEKOLAH MENENGAH

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

 

Giliran No.                : ……………………………………………………………………

Sekolah                    : ……………………………………………………………………

Tajuk Drama             : ……………………………………………………………………

 

Perkara
 
Kriteria
Penskoran
 
Markah
 
Catatan
Bahasa
(40 markah)
Struktur tatabahasa yang betul, sebutan jelas dan lancar
Pengolahan bahasa yang baik, indah & gramatis
 
Lemah: 1 – 10
Baik: 11 – 29
Cemerlang: 30 - 40
 
 
Persembahan
( 20 markah )
 
Meyakinkan/ menarik
Kreativiti/Dramatik
Pemikiran
 
Lemah: 1 - 6
Baik:     7 - 14
Cemerlang:15 - 20
 
 
 
 
 
 
 
Lakonan
( 20 markah )
 
Penghayatan watak
Gesture/gerak isyarat
Kesatuan lakonan
Pentafsiran watak
 
Lemah: 1 - 6
Baik: 7 - 14
Cemerlang: 15 - 20
 
 
 
 
 
 
 
Sinematografi
( 10 markah )
 
Rekaan Set
Prop, kesan bunyi, cahaya
Tatarias
 
Lemah: 1 - 3
Baik: 4 - 7
Cemerlang: 8 - 10
 
 
 
 
 
 
Pengarahan
( 10 markah )
 
Tafsir skrip
Bentuk watak
Kawalan keseluruhan
 
Lemah: 1 - 3
Baik: 4 - 7
Cemerlang: 8 - 10
 
 
 
 
 
 
 
JUMLAH
 
100
 

 

Tandatangan Hakim : ..........................................

 

 

 

BORANG KEPUTUSAN HAKIM INDIVIDU

PERTANDINGAN DRAMA KOMSAS

PERINGKAT  KEBANGSAAN

 

 

Nama : ................................................................ Tarikh : ................................

 

 
GILIRAN PESERTA
MARKAH
KEDUDUKAN
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
HAKIM
1/2/3/4//5
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

 

Tandatangan Hakim………………………………..

 

 

 

 

 

BORANG PENENTUAN KEPUTUSAN

PERTANDINGAN DRAMA KOMSAS

PERINGKAT  KEBANGSAAN

 

 

GILIRAN
PESERTA
HAKIM
1
HAKIM
2
HAKIM
3
HAKIM
4
HAKIM
5
JUMLAH
KEDUDUKAN
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

 

Pengesahan oleh Ketua Hakim,

 

………………………………………

(                                                          )

 

 

BORANG KEPUTUSAN RASMI

PERTANDINGAN DRAMA KOMSAS

PERINGKAT KEBANGSAAN

 

A.        KEPUTUSAN KESELURUHAN

 

KEDUDUKAN
GILIRAN PESERTA
JUDUL DRAMA
 
JOHAN
 
 
 
 
NAIB JOHAN
 
 
 
 
KETIGA
 
 
 
 

 

B.        KEPUTUSAN INDIVIDU

 

 

ANUGERAH
WATAK
JUDUL DRAMA
GILIRAN
PELAKON LELAKI TERBAIK
 
 
 
PELAKON PEREMPUAN TERBAIK
 
 
 
PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK
 
 
 
PELAKON PEMBANTU PEREMPUAN TERBAIK
 
 
 
SINEMATOGRAFI TERBAIK
 
 
 
PENGARAH TERBAIK
 
 
 
 

 

PENGESAHAN HAKIM   

HAKIM
NAMA
TANDATANGAN
TARIKH
1
 
 
 
2
 
 
 
3
 
 
 
4
 
 
 
5