Wednesday 20 February 2013

syarat pertandingan puisi dan lagu



PERTANDINGAN PUISI DAN LAGU SEKOLAH MENENGAH
TAHUN 2014



BIL.

PERKARA

PERINCIAN


1.

MATLAMAT

Melahirkan generasi muda yang mampu menghasilkan karya puisi bermutu di samping menambah khazanah lagu-lagu puisi Melayu.


2.

OBJEKTIF

2.1   Memperagakan bakat, minat dan kemahiran pelajar.
2.2   Membina keyakinan berinteraksi melalui persembahan.
2.3   Meluaskan pengalaman berpuisi di kalangan pelajar.
2.4   Melahirkan masyarakat pelajar yang berbudaya.
2.5   Memupuk disiplin dan pembinaan sahsiah yang terpuji.


3.

PELAKSANAAN

Akan dilaksanakan diperingkat sekolah, daerah/gabungan, negeri dan kebangsaan.
(Pertandingan secara berperingkat akan dapat melibatkan lebih banyak sekolah dalam aktiviti ini disamping memastikan hanya pasukan yang terbaik sahaja akan mewakili ke sesuatu peringkat yang lebih tinggi)


4.

SYARAT
PERTANDINGAN

4.1       Terbuka kepada pelajar tingkatan peralihan hingga tingkatan enam sekolah-sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan.
4.2       Penyertaan pelajar adalah tidak melebihi 7 (tujuh) orang. Boleh terdiri daripada lelaki/perempuan sahaja atau campuran. Penyertaan pelbagai kaum amat digalakkan dan akan diberi markah bonus.
4.3       Puisi berbentuk sajak hendaklah karya asli pelajar berkenaan.
4.4       Puisi dideklamasikan oleh seorang pelajar sahaja dengan iringan muzik secara ‘live’ (Rujuk Perkara 7)
4.5       Melodi hendaklah dicipta oleh pelajar dengan bantuan guru.
4.6       Puisi yang sama juga hendaklah dinyanyikan samada secara individu atau berkumpulan dengan iringan muzik oleh ahli-ahli kumpulan yang sama, tanpa menambah atau mengurangkan perkataan daripada karya/puisi asal.
4.7       Penggunaan LCD,prop, latar belakang pentas, watak tambahan dan penyampaian secara puisidra adalah dilarang sama sekali.
4.8       Persembahan bagi kedua-dua aktiviti adalah 8 minit. (2 markah akan dipotong bagi setiap 1 minit yang lebih)
4.9       Tema puisi: “PERPADUAN” dan isinya mestilah bersesuaian serta tidak menyentuh perkara-perkara sensitif seperti agama, budaya dan kaum.
4.10   Satu salinan puisi hendaklah dihantar kepada tuan rumah 2 minggu sebelum pertandingan.



5.

PAKAIAN

5.1       Pakaian peserta termasuk peserta pemain muzik iringan hendaklah bersopan dan bersesuaian.
5.2       Tiada markah tambahan diberi bagi kategori pakaian.


6.

PEMARKAHAN

6.1       Pemberatan markah : Puisi = 50 %       Nyanyian = 50 %

6.2       Puisi

6.2.1       Ciptaan     = 40 markah ( keindahan bahasa, diksi, tema )
6.2.2       Deklamasi = 60 markah ( sebutan, ketrampilan, penghayatan )

6.3       Nyanyian Puisi

6.3.1       Nyanyian       = 45 markah ( suara, tempo, harmoni,    imbangan )
6.3.2       Muzik Iringan = 45 markah ( tempo, kesesuaian melodi, imbangan )
6.3.3       Ketrampilan   = 10 markah ( gaya, penghayatan )


6.3    Keputusan hakim adalah muktamad.


7.

IRINGAN MUZIK

7.1       Muzik iringan mestilah dimainkan oleh pelajar terlibat,     ( minimum  seorang  atau maksimum kesemuanya)   secara 'live'
7.2       Muzik iringan hendaklah terdiri daripada alat-alat muzik akustik.
7.3       Rakaman kaset tidak dibenarkan sama sekali.


8.

HADIAH

8.1.1       Puisi Terbaik              :  Johan

8.1.2       Lagu Terbaik              :  Johan

8.1.3       Keseluruhan               :  Johan, Naib Johan, Ketiga



7.

TARIKH,
TEMPAT & MASA PERTANDINGAN











Bahagian Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pelajaran Malaysia

No comments:

Post a Comment