Wednesday, 20 February 2013

Syarat pertandingan rekoder ensemble



PERTANDINGAN REKODER ENSEMBLE SEKOLAH RENDAH TAHUN 2014
SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI PERAK


1.PENDAHULUAN
Muzik sebagai rekreasi atau kesenggangan amat sesuai sebagai satu pilihan aktiviti ko-kurikulum di sekolah-sekolah terutama dalam keadaan wujudnya gejala sosial khususnya di kalangan generasi muda.

Muzik dapat memberi penekanan ke arah pembentukan kualiti diri dan sahsiah pelajar merangkumi aspek emosi, kreativiti, nilai sosialisasi, estetika clan etika.

Di samping sebagai pendorong yang berfungi sebagai pengerak minda untuk berfikir dengan lebih aktif ke arah peningkatan diri, penglibatan dalam aktiviti muzik memerlukan komitmen dan disiplin diri yang tinggi.

Muzik juga dapat mencungkil bakat pelajar sekali gus membina keyakinan kental dalam diri.

2. LATAR BELAKANG
Rekoder adalah merupakan alat muzik yang telah diperkenalkan ke sekolah­sekolah sejak pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) melalui mata pelajaran Pendidikan Muzik pads tahun 1983. Pembelajaran Muzik secara formal dengan menggunakan rekoder kepada murid Tahap 2 telah bermula pada tahun 1986.

Pertandingan ini disyorkan sebagai satu aktiviti sokongan dan pengukuhan kepada aktiviti di bilik darjah (kurikulum) di samping dapat mencungkil bakat pelajar dalam permainan alat. lanya sebagai alternatif bagi pertandingan yang sedia ada.

3. MATLAMAT

Membolehkan pelajar mempunyai disiplin dalam membuat persembahan dan menikmati muzik ke arah membantu insan yang mempunyai emosi seimbang, kreatif dan inovatif.



4. OBJEKTIF
4.1 Memberi peluasan pengalaman muzikal dan kesedaran estetik pelajar.
4.2 Memperkembangkan daya komunikasi dan interaksi melalui persembahan.
4.3 Memupuk disiplin dan semangat kerjasama di kalangan pelajar.
4.4 Sebagai alternatif mengisi masa lapang pelajar.
4.5 Memperkembangkan bakat pelajar dalam permainan alat muzik.

5. PELAKSANAAN
5.1 Peringkat Pertandingan
               5.1.1 Peringkat Awal
               Akan dilaksanakan di peringkat sekolah dan daerah/gabungan
               5.1.2 Peringkat Negeri
               Akan dilaksanakan di peringkat negeri
               5.1.3 Peringkat Kebangsaan
               Pertandingan rekoder di peringkat kebangsaan

(Pertandingan secara berperingkat akan dapat melibatkan lebih banyak sekolah         dalarn aktiviti ini di samping memastikan hanya pasukan yang terbaik akan mewakili sesuatu peringkat ke peringkat yang lebih tinggi)

5.2 Penyertaan
                5.2.1 Terbuka kepada semua sekolah rendah kerajaan dan sekolah rendah              bantuan kerajaan sahaja.
               5.2.2 Hanya satu pasukan sahaja dari setiap negeri dibenarkan menyertai pertandingan ini di peringkat kebangsaan.

6. JENIS REKODER
    Sesebuah pasukan boleh menggunakan rekoder jenis soprano atau semua jenis rekoder (sopranino , alto , tenor , bass).


7. AHLI PASUKAN
  7.1  Penyertaan mestilah terdiri dari pelajar pelbagai kaum (sekurang-kurangnya 2 kaum)
  7.2  Jumlah ahli bagi setiap pasukan hendaklah tidak melebihi 22 orang (termasuk konduktor dan pemuziok iringan perkusi jika ada)

8. LAGU
   8.1 Setiap pasukan dikehendaki mempersembahkan 2 buah lagu ATAU sebuah lagu
        ditambah dengan satu lagu medley

          8.1.1 Lagu Pertama                    :         Lagu Melayu
          8.1.2 Lagu Kedua             :         Lagu nPilihan

   8.2 Jangkamasa persembahan bagi setiap pasukan hendaklah tidak melebihi 8 minit.

9. MUZIK IRINGAN (ACCOMPANIMENT)

     9.1 Penggunaan piano atau keyboard (tanpa auto-accompaniment) atau gitar secara live sebagai alat muzik iringan adalah digalakkan.

     9.2 Penggunaan muzik iringan selain yang tersebut di dalam perkara 9.1 adalah tidak dibenarkan (DVD<CD< Minus One)

     9.3 Pemain muzik iringan (piano, gitar , kibod) boleh terdiri daripada pelajar atau guru sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan .

     9.4 Pemuzik iringan perkusi (tidak bermelodi) mestilah pelajar dan tidak boleh melebihi 4 orang.


10. PAKAIAN

      10.1 Pakaian pemain  , konduktor dan pemain muzik iringan hendaklah bersesuaian dan sopan.

      10.2 Tiada markah tambahan bagi kategori pakaian akan diberi

      10.3 Aksesori pakaian adalah dibenarkan.
     



11. PERMARKAHAN

11.1  Harmoni 25 markah
11.2  Kualiti Ton 25 markah
11.3  Interpretasi 15 markah
11.4  Dinamik 10 markah
11.5  Imbangan (balance) 10 markah
11.6  Attack/release 10 markah
11.7  Keterampilan 5 markah

12. HADIAH / SIJIL.

12.1 Sijil kepada semua pelajar dan guru pengiring akan diberi kepada semua pasukan.

12.1.1 Johan Piala, Sijil dan Cenderahati
12.1.2 INaib Johan Piala, Sijil dan Cenderahati
12.1.3 Ketiga Piala, Sijil dan Cenderahati


13. PENGHAKIMAN

13.1 Hakim akan dilantik oleh Bahagian Sukan,Seni dan Kokurikulum.
13.2 Keputuan hakim adalah muktamad



No comments:

Post a Comment