Sunday, 26 July 2015

kertas konsep nyanyian solo

PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO SEKOLAH RENDAH
 PERINGKAT DAERAH KINTA UTARA 2015 


1.         PENDAHULUAN

Muzik sebagai rekreasi atau kesenggangan amat sesuai sebagai pilihan aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah terutama dalam keadaan wujudnya gejala sosial khususnya di kalangan generasi muda.

Muzik dapat memberi penekanan ke arah pembentukan kualiti diri dan sahsiah murid merangkumi aspek emosi, kreativiti, nilai sosialisasi, estetika dan etika. Di samping sebagai pendorong yang berfungsi sebagai penggerak minda untuk berfikir dengan lebih ke arah peningkatan diri, penglibatan dalam aktiviti muzik memerlukan komitmen dan disiplin diri yang tinggi.

            Muzik juga dapat mencungkil bakat murid yang sekali gus membina keyakinan diri.


2.          LATAR BELAKANG

Nyanyian solo dalam bentuk pertandingan atau pun persembahan, merupakan aktiviti yang popular dijalankan di sekolah-sekolah berbanding dengan lain-lain aktiviti muzik.  Ini adalah kerana aktiviti nyanyian solo tidak memerlukan perbelanjaan yang besar dari segi peralatan muzik dan juga lebih mudah mendapatkan penyertaan murid di samping keperluan masa latihan yang agak singkat.


3.          MATLAMAT

Membolehkan murid mempunyai disiplin dalam membuat persembahan dan menikmati muzik ke arah membantu pembentukan insan yang mempunyai emosi seimbang, kreatif dan inovatif.


4.         OBJEKTIF

4.1         Memberi pengalaman muzikal dan kesedaran estetik murid.

4.2         Memperkembang daya komunikasi dan interaksi melalui persembahan.

4.3         Memupuk disiplin di kalangan murid.

4.4         Sebagai alternatif mengisi masa lapang murid.

4.5         Memperkembang bakat dan minat murid.

4.6         Membentuk identiti nasional dalam kalangan murid-murid


5.         PELAKSANAAN

5.1         PERINGKAT PERTANDINGAN

5.1.1   Peringkat Daerah               – 10/8/2015  ujian saringan

5.1.2   Peringkat Negeri                 – 18/8/2015 di RTM, Ipoh

5.1.3   Peringkat Kebangsaan      – 1- 4 /9/2015 di Kedah


5.2         PENYERTAAN DAERAH

5.2.1     Terbuka kepada semua sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan.

5.2.2     Pertandingan ini dibuka DUA KATEGORI
Kategori A
-Kepada murid tahun enam sahaja

Kategori B
-Kepada murid tahun satu hingga lima sahaja

5.2.3     Setiap sekolah hanya boleh menghantar SEORANG SAHAJA PESERTA dari kedua-dua kategori. Tidak dibenarkan menghantar kedua-dua kategori dan sila pilih salah satu kategori.

5.2.4     Setiap peserta akan dikenakan bayaran sebanyak RM10.00 dan perlu dibawa tunai semasa ujian saringan.


6.         LAGU

6.1 Setiap peserta menyampaikan sebuah lagu sahaja.
6.2 Lagu yang dipilih adalah lagu Melayu tempatan. 
7.         MUZIK IRINGAN (Accompaniment)

     7.1 Muzik iringan adalah secara penggunaan CD. Sila bawa CD ‘minus  
           One’ masing-masing semasa hadiri saringan.


8.         PAKAIAN

Pakaian yang bersesuaian dan sopan.


9.         PERMARKAHAN

9.1      Pic                                         :           20 markah

9.2      Tempo                                   :           15 markah

9.3      Sebutan                                :           15 markah

9.4      Ton suara                             :           15 markah

9.5      Dinamik                                :           10 markah

9.6      Attack/release                      :           10 markah

9.7      Penghayatan (ekspresi)    :           10 markah

9.8    Ketrampilan                           :             5 markah

            JUMLAH                              :        100 markah



10.    PENGHAKIMAN

10.1. Juri-juri dilantik oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara
10.2. Keputusan juri adalah muktamad.


11.   HAL-HAL LAIN

        Bagi perkara-perkara yang tidak dinyatakan dalam syarat-syarat  
        pertandingan pihak PPD Kinta Utara  berhak untuk membuat 
        keputusan dan setiap keputusan adalah muktamad.


Unit Pembangunan Kemanusiaan, PPD Kinta Utara

No comments:

Post a Comment