PERTANDINGAN KOMBO SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH
PERINGKAT DAERAH KINTA UTARA 2015
- TUJUAN
Kertas
ini bertujuan untuk menganjurkan
Pertandingan Kombo Sekolah–sekolah
Daerah Kinta Utara.
- RASIONAL
2.1 Mengembangkan
bakat seni yang ada di dalam jiwa
murid ke arah hobi yang berfaedah.
2.2 Mempunyai
pilihan kerjaya pada masa akan datang.
2.3 Memberi
pendedahan kepada masyarakat tentang aktiviti muzik yang
dijalankan diperingkat sekolah secara terancang.
- OBJEKTIF
3.1 Dapat melahirkan generasi yang seimbang berdasarkan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
menjurus kepada jasmani,
emosi, rohani dan intelektual(JERI) di dalam aktiviti muzik yang sihat serta bermoral.
3.2 Menarik
minat pelajar khasnya dan orang ramai amnya terhadap nilai estetika didalam muzik.
3.3 Menambah
jumlah pengiat seni muzik di Malaysia.
3.4 Menarik
minat masyarakat untuk menghargai bakat seni muzik dari
golongan pelajar sekolah seluruh negara.
3.5 Memberi peluang
pelajar untuk mengembangkan seni yang ada pada mereka.
- MATLAMAT
Melahirkan
pelajar yang seimbang selaras dengan hasrat Kementerian
Pendidkan Malaysia.
- KUMPULAN SASARAN
Penyertaan mestilah terdiri daripada pelajar sekolah
menengah
pelbagai kaum (sekurang-kurangnya 2 kaum) – 5 markah bonus
akan diberikan bagi pasukan
yang memenuhi syarat ini.
- SYARAT-SYARAT
PERTANDINGAN
6.1
Keanggotaan
:
6.1.1 Setiap kumpulan hendaklah tidak melebihi 12
orang anggota /pemuzik.
6.1.2 Setiap kumpulan boleh terdiri dari lelaki/perempuan
sahaja atau campuran lelaki dan
perempuan.
6.1.3 Pembentukan kumpulan adalah terdiri daripada
sekolah menengah
sahaja
7. FORMAT
PERSEMBAHAN
7.1 Persembahan
hendaklah dimulakan dengan sesi lagu pengenalan
(introduction) tidak melebihi 1 minit.
7. 2 Setiap kumpulan diwajibkan mempersembahkan 2
buah lagu.
7.2.1 Lagu dengan vokal dalam Bahasa Melayu
7.2.2 Lagu Instrumental (penuh atau medley)
8. MASA
PERSEMBAHAN
8.1 Masa yang diperuntukkan untuk setiap
kumpulan tidak melebihi
12 minit termasuk lagu pengenalan.
8.2 Persembahan yang melebihi 12 minit, akan
dipotong 2 markah
bagi setiap minit yang lebih.
9. ETIKA
PAKAIAN
Peserta hendaklah berpakaian sopan dan
bersesuaian.
10. PERALATAN
10.1
Peralatan WAJIB bagi setiap
kumpulan terdiri daripada :
a. 1 drum set
b. 1 gitar bass
c. 1 gitar utama
d. 1 gitar irama
e. 1 kibod
f. 2 perkusi dan toys (perkusi
ringan)
10.2
Peralatan tambahan : BEBAS
11. PEMARKAHAN
Persembahan
Pertama
i. Nyanyian -
40 markah
-
Pengeluaran suara
-
Frasa/interpretasi/penghayatan
-
Artikulasi/jelas sebutan
ii. Muzik Iringan
-Gubahan - 15 markah
-Harmoni - 10 markah
-Imbangan - 10 markah
-Tempo - 10 markah
-Attack
/ release - 10 markah
-Intonasi
/ Artikulasi - 5 markah
Persembahan
Kedua (Instrumental)
i. Gubahan -
35 markah
ii. Harmoni - 15 markah
iii. Penalaan -
10 markah
iv. Imbangan -
10 markah
v. Tempo -
10 markah
vi. Attack / release - 10 markah
vii. Intonasi / Artikulasi - 10 markah
10.1 Jika terdapat persamaan
jumlah markah antara kumpulan peserta maka pemenang akan dirujuk
kepada jumlah markah tertinggi
mengikut susunan pemarkahan yang telah disenaraikan
diatas.
10.2 Keputusan hakim adalah muktamad.
12. HADIAH
Johan : trofi + sijil penghargaan
Naib
Johan : trofi + sijil penghargaan
Ketiga : trofi
+ sijil penghargaan
Pencapaian
pasukan akan dinilai berdasarkan kepada markah seperti
berikut :
i.
95 hingga 100 - Anugerah Platinum
ii.
85 hingga 94 - Anugerah Emas
iii.
75 hingga 84 - Anugerah Perak
iv.
60 hingga 74 - Anugerah Gangsa
13.
PENGHAKIMAN
13.1.
Juri-juri dilantik oleh Bahagian Kokurikulum
PPD Kinta Utara
13.2.
Keputusan juri adalah muktamad.
14.
TEMPAT DAN TARIKH PELAKSANAAN PERTANDINGAN
14.1 Peringkat Daerah -11/8/2015
tempat akan dimaklumkan
14.2 Peringkat Negeri -18/8/2015
bertempat di RTM Ipoh
14.3 Peringkat Kebangsaan - 6/9/2015
bertempat di Kedah
15. HAL-HAL LAIN
12.1 Bagi
perkara-perkara yang tidak dinyatakan dalam syarat-syarat
pertandingan pihak PPD
Kinta Utara berhak untuk membuat
keputusan dan setiap
keputusan adalah muktamad.
Unit Pebangunan
Kemanusiaan
PPD Kinta Utara
No comments:
Post a Comment