KERTAS KONSEP
DRAMA /TEATER SEKOLAH
MENENGAH
KEMENTERIAN
PELAJARAN MALAYSIA
1.0
PENDAHULUAN
1.1
Pertandingan
dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian
Pelajaran Malaysia. Pertandingan ini memberi peluang kepada sekolah-sekolah di seluruh
tanah air mementaskan karya terpilih masing-masing berdasarkan teks KOMSAS semasa.
1.2
Pertandingan
Peringkat Daerah dikendalikan oleh Pejabat Pelajaran Daerah.
1.3
Pertandingan Peringkat Negeri akan dikendalikan oleh
Jabatan Pelajaran Negeri.
1.4
Johan setiap negeri akan mewakili negeri ke pertandingan
peringkat Kebangsaan yang akan dikendalikan oleh Bahagian Kokurikulum dan
Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia.
1.5
Pertandingan Drama KOMSAS anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia merujuk pengajaran dan pembelajaran
teks komponen sastera dan aktiviti kokurikulum akademik.
2.0
SUMBER
Drama daripada teks Komponen Sastera
tingkatan 1 hingga 5.
3.0
TEMA
Nilai-nilai
Murni Ke Arah Menjana Kecemerlangan Modal Insan.
4.0
PENYERTAAN
4.1
Murid-murid tingkatan 1 hingga 5 Sekolah Menengah Bantuan
Kerajaan, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Agama Negeri, Sekolah Agama Kerajaan Bantuan Kerajaan.
4.2
Jumlah individu yang terlibat dalam produksi hendaklah
tidak melebihi 15 orang termasuk pengarah, pelakon dan krew.
4.3
Senarai nama pelakon dan tenaga produksi hendaklah
mendapat pengesahan daripada Pengetua sekolah masing-masing sebelum dikemukakan
untuk pertandingan.
4.4
Guru pembimbing / jurulatih hendaklah dilantik dalam
kalangan guru.
4.5
Setiap pasukan dibenarkan menghantar tiga ( 03 ) orang
guru berdasarkan kapasiti berikut :
4.5.1 Pegawai Penyelaras Negeri ... 1
orang
4.5.2 Guru Pembimbing/ Jurulatih ... 2
orang
4.6
Penyertaan pelbagai kaum dalam kumpulan yang menyertai
pertandingan amat digalakkan.
5.0
SKRIP
5.1
Petikan skrip daripada mana-mana buku teks Komponen Sastera
Melayu ( KOMSAS ) Tingkatan 1 hingga 5 – drama
semasa.
5.2
Skrip boleh diimprovisasi dan diadaptasi tetapi tidak
terpesong daripada skrip asal.
5.3
Skrip perlu dihantar kepada urus setia semasa
pendaftaran.
6.0
DISIPLIN PENTAS.
6.1 Ruang lakon hanya DIBATASKAN di pentas yang disediakan.
6.2
Prop yang perlu dan bersesuaian dengan skrip sahaja
dibenarkan. Penggunaan prop yang berbahaya sama ada digunakan atau sebagai
hiasan sewaktu pementasan seperti benda-benda tajam atau senjata dalam bentuk
asal adalah TIDAK DIBENARKAN,
sebaliknya hendaklah menggunakan replika ( yang selamat ) sahaja.
6.3
Penggunaan bahan letupan, gas, ledakan dan api TIDAK DIBENARKAN.
6.4
Penggunaan alatan multimedia seperti projektor tayangan,
projektor LCD serta pancaran laser TIDAK
DIBENARKAN.
6.5
Kumpulan drama TIDAK
DIBENARKAN memaparkan unsur-unsur mengghairahkan/ berbaur lucah sama ada
melalui perlakuan, dialog atau kostum yang dipakai. Unsur-unsur yang
bertentangan dengan nilai-nilai murni masyarakat tempatan, serta bercanggah
dengan agama dan keperibadian bangsa Malaysia juga dilarang dalam pementasan.
6.6
Kumpulan juga DILARANG
mempamerkan aksi-aksi kekejaman terhadap manusia / haiwan serta perkara-perkara
yang bertentangan dengan undang-undang
dan dasar kerajaan.
6.7
Setiap kumpulan mestilah mematuhi peraturan penggunaan
dewan atau pentas dan bertanggungjawab terhadap pemunggahan prop/ set dan
kebersihan selepas produksi serta memastikan keselamatan premis yang digunakan.
7.0
MASA PERSEMBAHAN
7.1
Persembahan tidak melebihi 30 minit, tidak termasuk masa
transisi. Persembahan yang melebihi masa yang ditetapkan akan dipotong 5 markah
daripada markah keseluruhan.
7.2
Masa untuk persiapan dihadkan selama 5 minit dan masa mengosongkan
pentas dihadkan selama 5 minit.
7.3
Masa persembahan
dikira bermula daripada intro persembahan sama ada dalam bentuk muzik, aksi
atau dialog.
8.0
PEMARKAHAN
8.1 Bahasa ( 40 markah )
8.1.1 Pengucapan
dialog yang lancar menggunakan struktur ayat yang betul dari segi tatabahasa dan
sesuai dengan watak
8.1.2 Pemilihan
kosa kata yang betul, jelas dan sesuai dengan watak
8.1.3 Intonasi dan
nada suara yang kuat, jelas dan sesuai dengan watak
8.1.4 Penggunaan
kata, frasa, bahasa kiasan, peribahasa, perumpamaan dan pantun mengikut situasi
yang sesuai dengan watak
8.1.5 Memperlihatkan
penggunaan ragam bahasa yang sejadi sesuai dengan watak dan budaya setempat
8.1.6 Pengolahan
bahasa yang baik dan indah serta gramatis
8.2 Persembahan (20 markah)
8.2.1
Memperlihatkan persembahan yang meyakinkan.
8.2.2
Memperlihatkan persembahan yang menarik.
8.2.3
Memperlihatkan persembahan yang kreatif.
8.2.4
Memperlihatkan persembahan yang kaya dengan eleman
dramatik.
8.2.5
Memperlihatkan sebuah persembahan yang berjaya mengangkat
tema, pemikiran dan nilai-nilai murni dengan jelas.
8.3 Lakonan ( 20 markah )
8.3.1
Pelakon berjaya mentafsir dan membentuk watak serta
perwatakan dengan baik.
8.3.2
Pelakon berjaya memperlihatkan lakonan melalui pergerakan
( gerak,
gerak isyarat / gesture dan ekspresi ) dengan baik.
8.3.3
Pelakon berjaya memperlihatkan kesatuan lakonan ( suara –
artikulasi, intonasi dan projeksi ) yang baik .
8.3.4
Pelakon berjaya memperlihatkan kesatuan lakonan (sebagai
satu ensembel) dengan baik.
8.3.5
Pelakon berjaya memperlihatkan penghayatan watak dengan
baik.
8.3.6
Pelakon berjaya mengolah bahasa dengan baik dan indah.
8.4 Sinematografi ( 10 markah )
8.4.1
Rekaan set yang menarik, berfungsi dan dimanfaatkan.
8.4.2
Rekaan/pilihan prop yang menarik, berfungsi dan
dimanfaatkan.
8.4.3
Rekaan cahaya yang menarik dan bermakna.
8.4.4
Tatarias yang memperkuatkan watak dan perwatakan.
8.4.5
Rekaan/pilihan kostum yang sesuai, menarik dan mampu
memperkuatkan watak dan perwatakan.
8.4.6
Kesan khas dan kesan bunyi yang menarik dan berkesan.
8.5 Pengarahan ( 10 markah )
8.5.1
Pengarah berjaya melakukan tafsiran yang tepat dan
menarik terhadap skrip.
8.5.2
Pengarah berjaya mentafsir dan membentuk watak serta
perwatakan dalam drama.
8.5.3
Pengarah berjaya membentuk dan mengawal keseluruhan
lakonan dengan baik.
9.0
PENGHAKIMAN / PENILAIAN.
9.1
Peringkat Daerah dinilai oleh 3-5 orang hakim, termasuk
Ketua Hakim.
9.2
Peringkat Negeri
dinilai oleh 3-5 orang hakim, termasuk Ketua Hakim.
9.3
Peringkat Kebangsaan dinilai oleh 5 orang hakim, termasuk
Ketua Hakim.
9.4
Setiap
hakim akan menilai pertandingan secara keseluruhan.
9.5
Keputusan rasmi dibuat secara sistem juri.
9.6
Hakim mesti mematuhi peraturan pertandingan kertas konsep
Kementerian Pelajaran Malaysia.
9.7
Keputusan Panel
Hakim adalah MUKTAMAD.
10.0
DISIPLIN PESERTA
10.1
Semua peserta hendaklah menjaga disiplin diri sepanjang pertandingan ini berlangsung terutama tatacara
berpakaian dan adab kelakuan bagi menjaga nama baik program, individu serta
sekolah.
10.2
Penggunaan selipar, berseluar pendek, baju ’t’ tanpa
kolar serta pakaian yang mencolok mata adalah DILARANG
sama sekali sewaktu menonton persembahan sepanjang pertandingan berlangsung,
termasuk Majlis Perasmian dan Penyampaian Hadiah.
10.3
Setiap pasukan mestilah mematuhi arahan dan peraturan
pihak penganjur/ pengelola bagi memastikan kelancaran program.
11.0
TINDAKAN
11.1 Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia berhak MEMBATALKAN
penyertaan kumpulan yang melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam
kertas konsep .
12.0 AM
Sebarang
pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian
Pelajaran Malaysia.
BORANG
PEMARKAHAN
DRAMA / TEATER
SEKOLAH MENENGAH
KEMENTERIAN
PELAJARAN MALAYSIA
Giliran
No. :
……………………………………………………………………
Sekolah : ……………………………………………………………………
Tajuk
Drama :
……………………………………………………………………
Perkara
|
Kriteria
Penskoran
|
Markah
|
Catatan
|
|
Bahasa
(40 markah)
|
Struktur tatabahasa yang
betul, sebutan jelas dan lancar
Pengolahan bahasa yang baik,
indah & gramatis
|
Lemah: 1 – 10
Baik: 11 – 29
Cemerlang: 30 - 40
|
|
|
Persembahan
( 20 markah )
|
Meyakinkan/ menarik
Kreativiti/Dramatik
Pemikiran
|
Lemah: 1 - 6
Baik: 7 - 14
Cemerlang:15 - 20
|
|
|
Lakonan
( 20 markah )
|
Penghayatan watak
Gesture/gerak isyarat
Kesatuan lakonan
Pentafsiran watak
|
Lemah: 1 - 6
Baik: 7 - 14
Cemerlang: 15 - 20
|
|
|
Sinematografi
( 10 markah )
|
Rekaan Set
Prop, kesan bunyi, cahaya
Tatarias
|
Lemah: 1 - 3
Baik: 4 - 7
Cemerlang: 8 - 10
|
|
|
Pengarahan
( 10 markah )
|
Tafsir skrip
Bentuk watak
Kawalan keseluruhan
|
Lemah: 1 - 3
Baik: 4 - 7
Cemerlang: 8 - 10
|
|
|
JUMLAH
|
|
100
|
|
Tandatangan Hakim :
..........................................
BORANG
KEPUTUSAN HAKIM INDIVIDU
PERTANDINGAN
DRAMA KOMSAS
PERINGKAT KEBANGSAAN
Nama :
................................................................ Tarikh :
................................
|
GILIRAN
PESERTA
|
MARKAH
|
KEDUDUKAN
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
HAKIM
1/2/3/4//5
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tandatangan
Hakim………………………………..
BORANG
PENENTUAN KEPUTUSAN
PERTANDINGAN
DRAMA KOMSAS
PERINGKAT KEBANGSAAN
GILIRAN
PESERTA
|
HAKIM
1
|
HAKIM
2
|
HAKIM
3
|
HAKIM
4
|
HAKIM
5
|
JUMLAH
|
KEDUDUKAN
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pengesahan
oleh Ketua Hakim,
………………………………………
(
)
BORANG
KEPUTUSAN RASMI
PERTANDINGAN
DRAMA KOMSAS
PERINGKAT
KEBANGSAAN
A. KEPUTUSAN
KESELURUHAN
KEDUDUKAN
|
GILIRAN
PESERTA
|
JUDUL
DRAMA
|
JOHAN
|
|
|
NAIB JOHAN
|
|
|
KETIGA
|
|
|
B. KEPUTUSAN
INDIVIDU
ANUGERAH
|
WATAK
|
JUDUL
DRAMA
|
GILIRAN
|
PELAKON LELAKI TERBAIK
|
|
|
|
PELAKON PEREMPUAN TERBAIK
|
|
|
|
PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK
|
|
|
|
PELAKON PEMBANTU PEREMPUAN TERBAIK
|
|
|
|
SINEMATOGRAFI TERBAIK
|
|
|
|
PENGARAH TERBAIK
|
|
|
|
PENGESAHAN
HAKIM
HAKIM
|
NAMA
|
TANDATANGAN
|
TARIKH
|
1
|
|
|
|
2
|
|
|
|
3
|
|
|
|
4
|
|
|
|
5
|
|
|
|
No comments:
Post a Comment