Thursday 21 February 2013

syarat pertandingan koir



SYARAT PERTANDINGAN  KOIR
SEKOLAH RENDAH / MENENGAH PERINGKAT NEGERI PERAK
TAHUN 2014

BIL.
PERKARA
PERINCIAN

1.

MATLAMAT

1.1   Membolehkan pelajar mempunyai disiplin dalam membuat persembahan dan menikmati muzik ke arah membantu pembentukan insan yang mempunyai emosi seimbang, kreatif dan inovatif.

2.

OBJEKTIF

2.1       Memberi perluasan pengalaman muzikal dan kesedaran estetik pelajar.
2.2       Memperkaya daya komunikasi dan interaksi melalui persembahan.
2.3       Memupuk disiplin dan semangat kerjasama di kalangan pelajar.
2.4       Sebagai alternatif mengisi masa lapang pelajar.
2.5       Memperkembangkan bakat pelajar

3.

JENIS KOIR

3.1     Sesebuah pasukan koir boleh terdiri daripada koir suara campuran (mixed voice choir) atau koir suara lelaki / perempuan sahaja (male/female voice choir).


4.

PENYERTAAN

4.1     Terbuka kepada semua sekolah menengah dan sekolah rendah kerajaan bantuan kerajaan sahaja, tidak termasuk MRSM.
4.2     Hanya satu pasukan sahaja yang akan mewakili sesebuah daerah/negeri bagi pertandingan ke peringkat negeri/kebangsaan. Pasukan yang mewakili negeri boleh terdiri daripada gabungan beberapa sekolah.
4.3     Jumlah ahli bagi sesebuah pasukan koir hendaklah tidak melebihi 35 orang sahaja. (termasuk konduktor, pemain muzik iringan dan pembantu pemuzik). Ahli-ahli terdiri daripada sekurang-kurangnya dua kaum.

5.

LAGU

5.1     Setiap pasukan dikehendaki mempersembahkan 2 buah lagu ATAU sebuah lagu dan sebuah medley.
        5.1.1  Lagu Wajib   : Bahasa Melayu sahaja (sila rujuk lampiran)
        5.1.2  Lagu Kedua  : Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja
5.2     Lagu yang dipilih oleh pasukan koir hendaklah tidak tersenarai dalam lagu-lagu yang diharamkan oleh pihak berkuasa negara ini.
5.3     Persembahan lagu hendaklah secara homophonic (lapisan-lapisan suara bergerak secara ‘in step’ antara satu dengan lain) atau polyphonic (mempamerkan ritma secara sendirian) atau gabungan kedua-duanya.
5.4     Persembahan secara A Capella adalah dibenarkan.


6.

MUZIK IRINGAN

6.1     Pemain muzik iringan hendaklah terdiri daripada seorang pelajar atau seorang guru dari sekolah bantuan kerajaan. (sekolah boleh mengambil guru dari sekolah lain sebagai pemain muzik)
6.2     Hanya satu jenis alat muzik iringan sahaja dibenarkan untuk mengiringi pasukan koir. (Piano / keyboard tanpa auto-accompaniment / gitar / violin / dsb : secara ‘live’ )


7.

MASA

7.1    Kedua-dua lagu dipersembahkan dalam masa tidak lebih 8 minit.


8.

PEMARKAHAN

8.1   Harmoni                                                  40 markah      
8.2   Dinamik                                                   20 markah
8.3   Artikulasi
        a)  Intonasi (tone colour, pitching)          10 markah
        b)  Imbangan                                          10 markah
        c)  Attack/Release                                  10 markah
8.4   Sebutan                                                    5 markah
8.5   Ketrampilan                                              5 markah

8.6     Konduktor Terbaik
        a)  Arahan (musicality)                           40 markah
        b)  Ketrampilan                                       30 markah
        c)  Kepimpinan                                       30 markah


9.

TARIKH,
TEMPAT & MASA PERTANDINGAN

9.1    Koir Rendah        :  ............. 2008, di _______________________
                                      pukul .......... pagi

9.2    Koir Menengah    :  ............. 2008, di _______________________
                                      pukul .......... pagi


10.

HADIAH

Johan                          :  Hadiah Iringan + Sijil
Naib Johan                 :  Hadiah Iringan + Sijil
Ketiga                         :  Hadiah Iringan + Sijil
Konduktor terbaik       :  Hadiah Iringan + Sijil
Hadiah Juri                 :  Untuk pasukan yang berpotensi, tidak
                                         termasuk Johan, Naib Johan dan Ketiga
Sijil Penyertaan          : Untuk semua pasukan 

           

No comments:

Post a Comment