Saturday 10 May 2014

Syarat pertandingan kompang formasi sk / sm



PERTANDINGAN PALUAN KOMPANG DAN FORMASI
SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH /MENENGAH
PERINGKAT KEBANGSAAN


1.           MATLAMAT

      Mendidik pelajar berdisiplin serta menikmati muzik dalam membuat persembahan dan membentuk insan yang mempunyai emosi seimbang, kreatif dan inovatif.

2.           OBJEKTIF

2.1       Memperkembangkan dan memupuk bakat serta minat murid melalui permainan alat muzik tradisional.
2.2       Mengeratkan persahabatan, berkongsi pengetahuan dan idea serta pengalaman sesama mereka.
2.3       Mencetuskan idea bernas, bersih serta kreatif.
2.4       Membina keyakinan dan ketrampilan diri murid.
2.5       Mengamalkan semangat toleransi , berdisiplin dan bekerjasama.
2.6       Melahirkan masyarakat yang mencintai budaya kebangsaan.
2.7       Memperluaskan intergrasi nasional.

3.         PERTANDINGAN
           
3.1     Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN PALUAN KOMPANG DAN FORMASI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH PERINGKAT KEBANGSAAN. Pertandingan ini bertujuan untuk mempersembahkan pelbagai bentuk paluan       kompang dan membuat formasi yang kreatif semasa bermain.
3.2     Pertandingan ini adalah untuk menampilkan bakat dan kreativiti dalam seni        budaya tradisional.
3.3     Pertandingan ini dijalankan di peringkat daerah/gabungan, negeri dan kebangsaan.

4.           PENYERTAAN

4.1     Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan.
4.2     Pertandingan ini adalah berbentuk kumpulan yang dianggotai minimum 8 dan maksimum seramai 16 orang.
4.3     Anggota pasukan boleh terdiri daripada lelaki / perempuan sahaja atau campuran dan digalakkan terdiri daripada pelbagai kaum. (minimum 2 kaum).

5.           PERSEMBAHAN

5.1          Semua persembahan hendaklah menggunakan kompang yang disediakan         sendiri oleh pasukan masing-masing.
5.2          Saiz kompang adalah dari 8 hingga 15 inci. (boleh dipelbagaikan dalam pasukan)
5.3          Masa persembahan yang diperuntukkan adalah tidak melebihi 8 minit .
5.4     Persembahan paluan statik wajib dilakukan dalam masa tidak kurang dari 1 minit dan tidak melebihi 2 minit. ( sekolah menengah sahaja)
5.5          Tempoh masa persembahan adalah dikira dari paluan pertama mana-mana kompang dari pasukan tersebut sewaktu berada di dalam gelanggang pertandingan yang berukuran 16 meter X 16 meter.
5.6          Irama adalah bebas.
5.7          Setiap kumpulan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 3 bentuk  paluan iaitu MELALU, MENINGKAH dan MENYILANG.
5.8          Sebarang peralatan tambahan adalah dilarang.
5.9          Kompang yang mempunyai loceng (gegenta) adalah tidak dibenarkan.
5.10    Nyanyian atau Dikir tidak dibenarkan.
5.11  Sebarang bentuk aksi yang membahayakan seperti aksi akrobatik adalah tidak  
           dibenarkan.

6.           PAKAIAN

            6.1. Pakaian ahli mestilah bersesuaian dan bersopan.


7.         SKIMA PERMARKAHAN

7.1    Markah dibahagikan seperti berikut :
Sekolah menengah
7.1.1   Paluan Kompang

                        a.   Gubahan Pola irama (Kreativiti)               : 15 markah
                        b.   Bentuk paluan                                          : 10 markah
                        c.   Kualiti ton                                                 : 10 markah
                        d.   Tempo                                                      : 10 markah
                        e.    Paluan statik                                            :  10 markah
                        f.   Dinamik & Ekspresi                                  :   5 markah
                       
                        7.1.2    Formasi

                        a.   Kreativiti                                                   : 15 markah
                        b.   Keseragaman                                           : 10 markah
                        c.   Kesesuaian Gerakan dengan Paluan      : 10 markah
                         d.  Ketrampilan                                               :   5 markah
                       

Sekolah rendah
7.1.3   Paluan Kompang

                        a.   Gubahan Pola irama (Kreativiti)               : 15 markah
                        b.   Bentuk paluan                                          : 15 markah
                        c.   Kualiti ton                                                 : 15 markah
                        d.   Tempo                                                      : 10 markah
                        e.    Dinamik & Ekspresi                                 :   5 markah
                              
                       
                        7.1.4   Formasi

                        a.   Kreativiti                                                   : 15 markah
                        b.   Keseragaman                                           : 10 markah
                        c.   Kesesuaian Gerakan dengan Paluan      : 10 markah
                        d.   Ketrampilan                                              :  5 markah
 


                 

7.2    Jika terdapat persamaan jumlah markah antara kumpulan peserta, maka  pemenang akan dirujuk kepada jumlah markah tertinggi mengikut susunan    pemarkahan yang telah disenaraikan di 7.1. di atas dan keputusan hakim    adalah muktamad.

7.3    Setiap persembahan yang melebihi had tempoh yang ditetapkan, 2 markah akan ditolak bagi setiap minit selepas itu.

7.4    Persembahan yang melebihi 10 minit akan ditolak 20 markah


8.         HADIAH PEMENANG.

8.1         Johan             : Hadiah Iringan dan Sijil.
8.2         Naib Johan     : Hadiah Iringan dan Sijil.
8.3         Ketiga             : Hadiah Iringan dan Sijil.


9.         TEMPAT DAN TARIKH PERTANDNGAN.


10.       HAL-HAL LAIN.

Bagi perkara-perkara yang tidak dinyata di dalam syarat-syarat pertandingan, pihak Jawatankuasa Penganjur Pertandingan berhak untuk membuat keputusan dan setiap keputusan adalah muktamad.


Bahagian Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pelajaran Malaysia