PERTANDINGAN
PALUAN KOMPANG DAN FORMASI
SEKOLAH-SEKOLAH
RENDAH /MENENGAH
PERINGKAT KEBANGSAAN
1. MATLAMAT
Mendidik
pelajar berdisiplin serta menikmati muzik dalam membuat persembahan dan membentuk
insan yang mempunyai emosi seimbang, kreatif dan inovatif.
2.
OBJEKTIF
2.1 Memperkembangkan
dan memupuk bakat serta minat murid melalui permainan alat muzik tradisional.
2.2 Mengeratkan
persahabatan, berkongsi pengetahuan dan idea serta pengalaman sesama mereka.
2.3 Mencetuskan
idea bernas, bersih serta kreatif.
2.4 Membina
keyakinan dan ketrampilan diri murid.
2.5 Mengamalkan
semangat toleransi , berdisiplin dan bekerjasama.
2.6 Melahirkan
masyarakat yang mencintai budaya kebangsaan.
2.7 Memperluaskan
intergrasi nasional.
3.
PERTANDINGAN
3.1 Pertandingan
ini dinamakan PERTANDINGAN PALUAN KOMPANG DAN FORMASI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH
PERINGKAT KEBANGSAAN. Pertandingan ini bertujuan untuk mempersembahkan pelbagai
bentuk paluan kompang dan membuat
formasi yang kreatif semasa bermain.
3.2 Pertandingan
ini adalah untuk menampilkan bakat dan kreativiti dalam seni budaya tradisional.
3.3 Pertandingan
ini dijalankan di peringkat daerah/gabungan, negeri dan kebangsaan.
4.
PENYERTAAN
4.1 Pertandingan
ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan.
4.2 Pertandingan
ini adalah berbentuk kumpulan yang dianggotai minimum 8 dan maksimum seramai 16
orang.
4.3 Anggota
pasukan boleh terdiri daripada lelaki / perempuan sahaja atau campuran dan digalakkan terdiri daripada pelbagai kaum.
(minimum 2 kaum).
5.
PERSEMBAHAN
5.1
Semua persembahan hendaklah menggunakan kompang yang
disediakan sendiri oleh pasukan
masing-masing.
5.2
Saiz kompang adalah dari 8 hingga 15 inci. (boleh
dipelbagaikan dalam pasukan)
5.3
Masa persembahan yang diperuntukkan adalah tidak melebihi 8
minit .
5.4 Persembahan paluan statik wajib dilakukan dalam masa tidak kurang dari 1 minit dan tidak melebihi 2 minit. ( sekolah menengah sahaja)
5.4 Persembahan paluan statik wajib dilakukan dalam masa tidak kurang dari 1 minit dan tidak melebihi 2 minit. ( sekolah menengah sahaja)
5.5
Tempoh masa persembahan adalah dikira dari paluan pertama
mana-mana kompang dari pasukan tersebut sewaktu berada di dalam gelanggang
pertandingan yang berukuran 16 meter X 16 meter.
5.6
Irama adalah bebas.
5.7
Setiap kumpulan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 3
bentuk paluan iaitu MELALU, MENINGKAH
dan MENYILANG.
5.8
Sebarang peralatan tambahan adalah dilarang.
5.9
Kompang yang mempunyai loceng (gegenta) adalah tidak
dibenarkan.
5.10
Nyanyian atau Dikir tidak dibenarkan.
5.11 Sebarang bentuk aksi
yang membahayakan seperti aksi akrobatik adalah tidak
dibenarkan.
6.
PAKAIAN
6.1.
Pakaian ahli mestilah bersesuaian dan bersopan.
7. SKIMA PERMARKAHAN
7.1 Markah
dibahagikan seperti berikut :
Sekolah menengah
7.1.1 Paluan Kompang
a. Gubahan Pola irama (Kreativiti) :
15 markah
b. Bentuk paluan : 10 markah
c. Kualiti ton : 10 markah
d. Tempo : 10 markah
e. Paluan statik : 10 markah
e. Paluan statik : 10 markah
f. Dinamik & Ekspresi : 5 markah
7.1.2 Formasi
a. Kreativiti : 15 markah
b. Keseragaman : 10 markah
c. Kesesuaian Gerakan dengan Paluan : 10 markah
d. Ketrampilan : 5 markah
Sekolah rendah
7.1.3 Paluan Kompang
a. Gubahan Pola irama (Kreativiti) : 15 markah
b. Bentuk paluan : 15 markah
c. Kualiti ton : 15 markah
d. Tempo : 10 markah
e. Dinamik & Ekspresi : 5 markah
e. Dinamik & Ekspresi : 5 markah
7.1.4 Formasi
a. Kreativiti : 15 markah
b. Keseragaman : 10 markah
c. Kesesuaian Gerakan dengan Paluan : 10 markah
d. Ketrampilan : 5 markah
7.2 Jika
terdapat persamaan jumlah markah antara kumpulan peserta, maka pemenang akan dirujuk kepada jumlah
markah tertinggi mengikut susunan pemarkahan yang telah
disenaraikan di 7.1. di atas dan keputusan hakim adalah muktamad.
7.3 Setiap
persembahan yang melebihi had tempoh yang ditetapkan, 2 markah akan ditolak
bagi setiap minit selepas itu.
7.4 Persembahan
yang melebihi 10 minit akan ditolak 20 markah
8.
HADIAH PEMENANG.
8.1
Johan
: Hadiah Iringan dan Sijil.
8.2
Naib
Johan : Hadiah Iringan dan Sijil.
8.3
Ketiga : Hadiah Iringan dan Sijil.
9. TEMPAT DAN TARIKH PERTANDNGAN.
10. HAL-HAL LAIN.
Bagi perkara-perkara yang tidak dinyata
di dalam syarat-syarat pertandingan, pihak Jawatankuasa Penganjur Pertandingan
berhak untuk membuat keputusan dan setiap keputusan adalah muktamad.
Bahagian Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pelajaran Malaysia