PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO SEKOLAH RENDAH
PERINGKAT DAERAH KINTA UTARA 2015
1. PENDAHULUAN
Muzik sebagai rekreasi atau kesenggangan amat sesuai sebagai pilihan
aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah terutama dalam keadaan wujudnya gejala
sosial khususnya di kalangan generasi muda.
Muzik dapat
memberi penekanan ke arah pembentukan kualiti diri dan sahsiah murid merangkumi
aspek emosi, kreativiti, nilai sosialisasi, estetika dan etika. Di samping
sebagai pendorong yang berfungsi sebagai penggerak minda untuk berfikir dengan
lebih ke arah peningkatan diri, penglibatan dalam aktiviti muzik memerlukan
komitmen dan disiplin diri yang tinggi.
Muzik juga dapat
mencungkil bakat murid yang sekali gus membina keyakinan diri.
2.
LATAR BELAKANG
Nyanyian solo
dalam bentuk pertandingan atau pun persembahan, merupakan aktiviti yang popular
dijalankan di sekolah-sekolah berbanding dengan lain-lain aktiviti muzik. Ini adalah kerana aktiviti nyanyian solo tidak
memerlukan perbelanjaan yang besar dari segi peralatan muzik dan juga lebih
mudah mendapatkan penyertaan murid di samping keperluan masa latihan yang agak
singkat.
3.
MATLAMAT
Membolehkan murid mempunyai disiplin dalam membuat
persembahan dan menikmati muzik ke arah membantu pembentukan insan yang
mempunyai emosi seimbang, kreatif dan inovatif.
4.
OBJEKTIF
4.1
Memberi pengalaman muzikal dan kesedaran estetik murid.
4.2
Memperkembang daya komunikasi dan interaksi
melalui persembahan.
4.3
Memupuk disiplin di kalangan murid.
4.4
Sebagai alternatif mengisi masa lapang murid.
4.5
Memperkembang bakat dan minat murid.
4.6
Membentuk identiti nasional dalam kalangan
murid-murid
5.
PELAKSANAAN
5.1
PERINGKAT
PERTANDINGAN
5.1.1 Peringkat Daerah – 10/8/2015
ujian saringan
5.1.2 Peringkat Negeri – 18/8/2015 di RTM, Ipoh
5.1.3 Peringkat Kebangsaan – 1- 4 /9/2015 di Kedah
5.2
PENYERTAAN
DAERAH
5.2.1 Terbuka
kepada semua sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan.
5.2.2 Pertandingan
ini dibuka DUA KATEGORI
Kategori
A
-Kepada murid tahun
enam sahaja
Kategori
B
-Kepada murid tahun satu
hingga lima sahaja
5.2.3 Setiap
sekolah hanya boleh menghantar SEORANG SAHAJA PESERTA dari kedua-dua kategori.
Tidak dibenarkan menghantar kedua-dua kategori dan sila pilih salah satu
kategori.
5.2.4 Setiap
peserta akan dikenakan bayaran sebanyak RM10.00 dan perlu dibawa tunai semasa
ujian saringan.
6.
LAGU
6.1 Setiap peserta menyampaikan sebuah lagu sahaja.
6.2 Lagu yang dipilih adalah lagu Melayu tempatan.
7.
MUZIK IRINGAN (Accompaniment)
7.1 Muzik iringan adalah
secara penggunaan CD. Sila bawa CD ‘minus
One’ masing-masing
semasa hadiri saringan.
8.
PAKAIAN
Pakaian yang bersesuaian
dan sopan.
9.
PERMARKAHAN
9.1 Pic : 20 markah
9.2 Tempo : 15 markah
9.3 Sebutan : 15
markah
9.4 Ton suara : 15 markah
9.5 Dinamik : 10
markah
9.6 Attack/release :
10 markah
9.7 Penghayatan (ekspresi) :
10 markah
9.8 Ketrampilan :
5 markah
JUMLAH : 100 markah
10. PENGHAKIMAN
10.1. Juri-juri
dilantik oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara
10.2. Keputusan
juri adalah muktamad.
11. HAL-HAL LAIN
Bagi perkara-perkara yang
tidak dinyatakan dalam syarat-syarat
pertandingan pihak PPD
Kinta Utara berhak untuk membuat
keputusan dan setiap
keputusan adalah muktamad.
Unit Pembangunan Kemanusiaan, PPD Kinta Utara